Majlis Titah Canselor

Pelajar semester 1 sesi 2018/2019 dijemput untuk menghadiri majlis yang amat hebat iaitu Majlis Titah Canselor yang bertempat di Dewan Sultan Ibrahim. Majlis ini dimulakan dengan pergerakkan pelajar dari kolej ke dewan, berjalan kaki bersama Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) sebagai pengiring. Pelajar dikumpulkan seawal jam 7.30 pagi untuk menikmati sarapan yang disediakan sebelum beransur ke dewan bersama MKP.

Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar dan tiada permasalahan yang berlaku. Penghuni juga memberikan kerjasama yang baik bersama barisan MKP biarpun mereka perlu berjalan kaki ke dewan. Diharapkan supaya kerjasama yang baik ini dapat dikekalkan untuk program-program akan datang.

Di samping itu, di 'entry' ini juga dilampirkan gambar-gambar yang diambil sepanjang pergerakan pelajar dan sepanjang program berlangsung.

#TsnPtaTerbaik

-I.F-

"If you want to live a happy life, tie it to a goal, not to people or things."